Berubah?? Mampukah Aku?..
ADAKAH menjadi satu Keperluan DIRI
untuk melakukan ANJAKAN PARADIGMA? Atau yang terbaik adalah berada di takuk
lama?.. Ada diantara kita memilih untuk
sentiasa di dalam ‘comfort zone’ tanpa meningkatkan KUALITI hidup yang mempunyai
KEISTIMEWAAN dan POTENSI yang telah dikurniakan oleh Allah swt.. Adakah ini
dikatakan tidak bersyukur dengan NIKMAT
KASIH SAYANGNYA atau belum mengenali diri? ~ memendamkan POTENSI DIRI yang
akhirnya terkubur.. membiarkan pisau yang tajam terus diselubungi karat tanpa
digunakan dan akhirnya tidak dapat digunakan lagi.. Allahurabbi~ moga mendapat kekuatan dariMU Ya
Allah..
Firman Allah swt mafhumnya;
“Baginya (manusia) ada
malaikat-malaikat yang selalu menjaganya
bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum
sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri. Dan apabila Allah
menghendaki keburukan sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan
tiada pelindung bagi mereka selain Dia” (Surah Ar-Ra’du: Ayat 11)
Firman Allah diatas jelas menunjukkan bahawa setiap insan
yang mempunyai akal yang waras seharusnya bermuhasabah dan melakukan perubahan
demi perubahan untuk mencapai kecemerlangan dan kegemilangan bukan sahaja
didunia malah diakhirat kelak~ Tiada yang dapat membantu diri kita, melainkan
diri kita sendiri dengan izin Allah swt..~
“KITA ADALAH APA YANG
KITA FIKIR”
Seringkali kita mendengar lagu yang membangkitkan semangat agar
dapt memotivasikan diri kita… sebagai contoh :
Jika kau
FIKIRKAN kau BOLEH
Kau PASTI
BOLEH melakukan
Jika kau
FIKIRKAN kemenangan
Kau PASTI
hampiri kejayaan…
Pernah tak kita terfikir, kenapa adanya lagu yang liriknya
sebegini? .. sebab ianya adalah suatu realiti dalam kehidupan ini..jika kita
fikir bahawa kita ini bukan seorang yang hebat, sudah pasti kita tidak wujud
dialam ini.. kita MAMPU.. kita seorang insan yang HEBAT dan KUAT~ oleh
kerana itu kita mampu disenyawakan dan telah melalui proses penciptaan seorang
manusia.. dan akhirnya KITA masih kekal dialam ini sebelum datangnya panggilan
dari Allah swt…
Berubah @ tidak berubah??.. Jawapannya terletak atas diri kita.. ingin
menjadi seorang yang jauh lebih hebat mahupun berada diatas zon yang selesa..
menjadi insan yang biasa-biasa
atau
insan yang luar biasa.. semuanya
terletak pada diri kita..tepuk dada tanya iman..
Pernah tak kita dengar disekeliling kite @ diri kita sendiri
cakap..
“ sejuk mata memandang
tengok si fulan.. bertudung labuh, baik pulak tu.. bile la aku dapat jadi macam
die..” yang lain pulak menjawab.. “nak buat cane, hidayah tak sampai lagi..
tunggu jela.. lagipun ayah die imam besar masjid kat sini.. mestilah anak pun
macam ayahnye~”
Selain tu..
“ hebatnya die, dapat pointer 3.77… alim pulak tu..kan best jadi
macam die…”.. nak buat cane, mak die cikgu, ayah pulak engineer.. anak die
mestila hebat..”
Allahurabbi…~
Hidayah itu milik Allah.. ia tidak datang bergolek..kita sebagai
hambaNYa yang seharusnya sentiasa berdoa untuk mendapatkannya.. menguatkan diri
untuk melakukan perubahan..mendamba cinta dariNYA.. bak kata kumpulan Raihan
dalam lirik lagunya “iman tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang
bertaqwa”.. oleh kerana iman itu tidak dapat diwarisi, Nabi NUH tidak dapat
menyelamatkan anaknya yang ingkar perintah ALLAH walaupun telah berkali-kali
diseru untuk beriman kepada Allah~
Firman Allah swt mafhumnya:
“Nabi Musa menjawab: ‘Tuhan kami adalah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu, kejadian semulajadinya yang sesuai
dengannya, kemudian ia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya’”
(Surah
Taha: Ayat 50)
Kecerdikan dan kebijaksanaan
juga daripadaNYA.. berusaha,berdoa, bertawakkal kepada Allah insyaAllah.. akan
tercapai apa yang diinginkan..itu jalan yang Allah berikan..tapi, andai hajat
tidak kesampaian, mungkin ada yang jauh lebih baik yang Allah telah aturkan
atau ada sesuatu belum selesai kita usahakan..~ “kita merancang.. Allah juga
merancang.. sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah swt” (surah
al-Imran:ayat 54) ..terimalah dengan hati yang redha dan berusaha untuk
memperbaiki kelemahan tersebut..
Firman Allah swt mafhumnya ;
“Diwajibkan atas kamu berperang padahal itu tidak menyenangkan
bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak
menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai
sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui..”
(Surah
Al-Baqarah: ayat 216)
Kengkadang kita hanya memperkatakan
tentang hamba Allah yang lain dan mencipta alasan atas tiap kelebihan serta
kehebatannya.. tidak pula kita
menjadikannya satu motivasi untuk menuju kejayaan bukan sahaja didunia malah
di akhirat kelak …ianya suatu yang amat merugikan diri sendiri.. Allah membuka
minda kita dengan akal fikiran kurniaanNya agar kita dapat menjadikan diri kita
orang yang dapat berfikir dan memuhasabah diri agar bergerak selangkah demi
selangkah kehadapan untuk mencapai redhaNYa disamping kejayaan dunia dan
akhirat kelak..~
BAGAIMANA MAHU BERUBAH??
Untuk berubah, kita perlu menerima hakikat bahawa diri kita
mempunyai masalah.. oleh itu kita perlu memuhasabah diri untuk mencari dimana
masalah kita dan bagaimana untuk keluar daripada masalah tersebut… kita sering
merasakan diri kita tidak hebat sebab kita tak ada matlamat tak ada tujuan
sedangkan dalam penciptaan diri kita oleh Allah telah dinyatakan tujuannya..
Firman Allah swt mafhumnya:
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan agar mereka beribadah kepadaku”
(Surah
Al-Zariyat:ayat 56)
.. oleh sebab itu MATLAMAT
HIDUP sangat penting.. ia adalah DESTINASI yang perlu kita sampai
padanya.. samaada menjadi seorang jutawan yang berjaya.. mempunyai sebuah hotel
yang berprinsipkan islam.. dan sebagainya.. matlamat itulah yang akan memandu
kita untuk mendekatinya dengan perancangan yang tersusun rapi.. MATLAMAT UTAMA setiap
insan yang bergelar muslim ialah untuk mencapai redhaNYA.. mencapai CINTA
Allah.. seperti Rabiatul Addawiyah yang hanya mendamba cinta Allah bukan syurga
apatah lagi kesenangan kehidupan duniawi~
Kadang-kadang, kita rase berkobar-kobar untuk melakukan
perubahan.. tapi hari demi hari semangat makin hilang.. dan akhirnya lenyap
begitu sahaja.. tiada perubahan diakhirnya.. inilah yang dikaitkan dengan
pepatah melayu ‘HANGAT-HANGAT TAHI AYAM’..
Sedikit perkongsian daripada Dato’
Fadzilah Kamsah dalam program motivasi beliau ‘ANJAKAN PARADIGMA’ ;
Tips untuk kita mematahkan sikap ‘HANGAT-HANGAT TAHI AYAM’ setelah
mempunyai matlamat..
üJaga
ibadah..banyakkan berdoa
üIklankan
matlamat (tampal di dinding-dinding yang menjadi tumpuan seperti meja belajar,
skrin laptop dll).. bila kita tak nampak, kita jadi lupa.. jadi, kita perlu
lihat matlamat kita supaya kita dapat ingat apa yang kita mahukan
üBerkongsi
dengan orang-orang tersayang apa matlamat kita.. insyaAllah mereka akan doakan
kita.. kita akan ada semangat untuk capai matlamat sebab kalau kita tak
mencapai matlamat, kita akan rasa malu dengan orang-orang yang tahu tentang
matlamat kita.
üMembantu
orang lain untuk berjaya.. Allah pernah berfirman, jika kita membantu agama
Allah, Allah akan bantu kita,..begitu juga jika kita membantu sahabat kita
untuk berjaya, Allah akan membantu kita.. selagi kita mengasihi hambaNYA, Allah
akan kasih pada kita insyaAllah..
üBerkawan
rapat dengan orang sepatutnya.. orang yang jelas matlamatnya.. tidak takut pada
kegagalan dan orang yang dapt memotivasikan diri kita.. bukan bermakna kita
tidak boleh berkawan dengan orang lain.
üUbah
persekitaran.. warna yang sesuai, aromaterapi, belajar menghadap qiblat,
catatan yang positif di persekitaran etc
üBerterusan
mencari ilmu.. kita akan rasa ilmu kita makin cetek bila kita banyak mencari
ilmu sebab ilmu Allah sangat luas..
üMembentuk
rutin yang positif..
üMencari
jalan untuk kembali kepada Allah swt.. sentiasa mendamba cinta Allah~
::Sesungguhnya penulisan ini peringatan khas buat diri yang masih
mencari sinar yang abadi~::
Semoga dapat kita renungkan bersama~
Wallahu ‘alam..
>CINTA HAKIKI hanya pada DIA yang MAHA MENGASIHANI~ ALLAHURABBI…<