AL-QURAN

Thursday, July 5, 2012

MOH LE MUHASABAH DIRI DENGAN TEMAN~


Berubah?? Mampukah Aku?..
ADAKAH menjadi satu Keperluan DIRI untuk melakukan ANJAKAN PARADIGMA? Atau yang terbaik adalah berada di takuk lama?..  Ada diantara kita memilih untuk sentiasa di dalam ‘comfort zone’ tanpa meningkatkan KUALITI hidup yang mempunyai KEISTIMEWAAN dan POTENSI yang telah dikurniakan oleh Allah swt.. Adakah ini dikatakan  tidak bersyukur dengan NIKMAT KASIH SAYANGNYA atau belum mengenali diri? ~ memendamkan POTENSI DIRI yang akhirnya terkubur.. membiarkan pisau yang tajam terus diselubungi karat tanpa digunakan dan akhirnya tidak dapat digunakan lagi..  Allahurabbi~ moga mendapat kekuatan dariMU Ya Allah..

Firman Allah swt mafhumnya;
“Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu  menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tiada pelindung bagi mereka selain Dia”                        (Surah Ar-Ra’du: Ayat 11)

Firman Allah diatas jelas menunjukkan bahawa setiap insan yang mempunyai akal yang waras seharusnya bermuhasabah dan melakukan perubahan demi perubahan untuk mencapai kecemerlangan dan kegemilangan bukan sahaja didunia malah diakhirat kelak~ Tiada yang dapat membantu diri kita, melainkan diri kita sendiri dengan izin Allah swt..~
“KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIR”
Seringkali kita mendengar lagu yang membangkitkan semangat agar dapt memotivasikan diri kita… sebagai contoh :
Jika kau FIKIRKAN kau BOLEH
Kau PASTI BOLEH melakukan
Jika kau FIKIRKAN kemenangan
Kau PASTI hampiri kejayaan…
Pernah tak kita terfikir, kenapa adanya lagu yang liriknya sebegini? .. sebab ianya adalah suatu realiti dalam kehidupan ini..jika kita fikir bahawa kita ini bukan seorang yang hebat, sudah pasti kita tidak wujud dialam ini.. kita MAMPU.. kita seorang insan yang HEBAT dan KUAT~ oleh kerana itu kita mampu disenyawakan dan telah melalui proses penciptaan seorang manusia.. dan akhirnya KITA masih kekal dialam ini sebelum datangnya panggilan dari Allah swt…

Berubah @ tidak berubah??.. Jawapannya terletak atas diri kita.. ingin menjadi seorang yang jauh lebih hebat mahupun berada diatas zon yang selesa.. menjadi insan yang biasa-biasa atau insan yang luar biasa.. semuanya terletak pada diri kita..tepuk dada tanya iman..

Pernah tak kita dengar disekeliling kite @ diri kita sendiri cakap..
 “ sejuk mata memandang tengok si fulan.. bertudung labuh, baik pulak tu.. bile la aku dapat jadi macam die..” yang lain pulak menjawab.. “nak buat cane, hidayah tak sampai lagi.. tunggu jela.. lagipun ayah die imam besar masjid kat sini.. mestilah anak pun macam ayahnye~”
Selain tu..
“ hebatnya die, dapat pointer 3.77… alim pulak tu..kan best jadi macam die…”.. nak buat cane, mak die cikgu, ayah pulak engineer.. anak die mestila hebat..”
Allahurabbi…~

Hidayah itu milik Allah.. ia tidak datang bergolek..kita sebagai hambaNYa yang seharusnya sentiasa berdoa untuk mendapatkannya.. menguatkan diri untuk melakukan perubahan..mendamba cinta dariNYA.. bak kata kumpulan Raihan dalam lirik lagunya “iman tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa”.. oleh kerana iman itu tidak dapat diwarisi, Nabi NUH tidak dapat menyelamatkan anaknya yang ingkar perintah ALLAH walaupun telah berkali-kali diseru untuk beriman kepada Allah~

Firman Allah swt mafhumnya:
“Nabi Musa menjawab: ‘Tuhan kami adalah yang telah memberikan kepada tiap-tiap  sesuatu, kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian ia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya’”                                    
                                       (Surah Taha: Ayat 50)

Kecerdikan dan kebijaksanaan juga daripadaNYA.. berusaha,berdoa, bertawakkal kepada Allah insyaAllah.. akan tercapai apa yang diinginkan..itu jalan yang Allah berikan..tapi, andai hajat tidak kesampaian, mungkin ada yang jauh lebih baik yang Allah telah aturkan atau ada sesuatu belum selesai kita usahakan..~ “kita merancang.. Allah juga merancang.. sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah swt” (surah al-Imran:ayat 54) ..terimalah dengan hati yang redha dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut..

Firman Allah swt mafhumnya ;
“Diwajibkan atas kamu berperang padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..”                                                                                        
                                 (Surah Al-Baqarah: ayat 216)

Kengkadang kita hanya memperkatakan tentang hamba Allah yang lain dan mencipta alasan atas tiap kelebihan serta kehebatannya.. tidak pula kita  menjadikannya satu motivasi untuk menuju kejayaan bukan sahaja didunia malah di akhirat kelak …ianya suatu yang amat merugikan diri sendiri.. Allah membuka minda kita dengan akal fikiran kurniaanNya agar kita dapat menjadikan diri kita orang yang dapat berfikir dan memuhasabah diri agar bergerak selangkah demi selangkah kehadapan untuk mencapai redhaNYa disamping kejayaan dunia dan akhirat kelak..~

BAGAIMANA MAHU BERUBAH??

Untuk berubah, kita perlu menerima hakikat bahawa diri kita mempunyai masalah.. oleh itu kita perlu memuhasabah diri untuk mencari dimana masalah kita dan bagaimana untuk keluar daripada masalah tersebut… kita sering merasakan diri kita tidak hebat sebab kita tak ada matlamat tak ada tujuan sedangkan dalam penciptaan diri kita oleh Allah telah dinyatakan tujuannya..

Firman Allah swt mafhumnya:
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku”
                                                                                                        (Surah Al-Zariyat:ayat 56)

.. oleh sebab itu MATLAMAT HIDUP sangat penting.. ia adalah DESTINASI yang perlu kita sampai padanya.. samaada menjadi seorang jutawan yang berjaya.. mempunyai sebuah hotel yang berprinsipkan islam.. dan sebagainya.. matlamat itulah yang akan memandu kita untuk mendekatinya dengan perancangan yang tersusun rapi.. MATLAMAT UTAMA setiap insan yang bergelar muslim ialah untuk mencapai redhaNYA.. mencapai CINTA Allah.. seperti Rabiatul Addawiyah yang hanya mendamba cinta Allah bukan syurga apatah lagi kesenangan kehidupan duniawi~

Kadang-kadang, kita rase berkobar-kobar untuk melakukan perubahan.. tapi hari demi hari semangat makin hilang.. dan akhirnya lenyap begitu sahaja.. tiada perubahan diakhirnya.. inilah yang dikaitkan dengan pepatah melayu ‘HANGAT-HANGAT TAHI AYAM’..

Sedikit perkongsian daripada Dato’ Fadzilah Kamsah dalam program motivasi beliau ‘ANJAKAN PARADIGMA’ ;
Tips untuk kita mematahkan sikap ‘HANGAT-HANGAT TAHI AYAM’ setelah mempunyai matlamat..
üJaga ibadah..banyakkan berdoa
üIklankan matlamat (tampal di dinding-dinding yang menjadi tumpuan seperti meja belajar, skrin laptop dll).. bila kita tak nampak, kita jadi lupa.. jadi, kita perlu lihat matlamat kita supaya kita dapat ingat apa yang kita mahukan
üBerkongsi dengan orang-orang tersayang apa matlamat kita.. insyaAllah mereka akan doakan kita.. kita akan ada semangat untuk capai matlamat sebab kalau kita tak mencapai matlamat, kita akan rasa malu dengan orang-orang yang tahu tentang matlamat kita.
üMembantu orang lain untuk berjaya.. Allah pernah berfirman, jika kita membantu agama Allah, Allah akan bantu kita,..begitu juga jika kita membantu sahabat kita untuk berjaya, Allah akan membantu kita.. selagi kita mengasihi hambaNYA, Allah akan kasih pada kita insyaAllah..
üBerkawan rapat dengan orang sepatutnya.. orang yang jelas matlamatnya.. tidak takut pada kegagalan dan orang yang dapt memotivasikan diri kita.. bukan bermakna kita tidak boleh berkawan dengan orang lain.
üUbah persekitaran.. warna yang sesuai, aromaterapi, belajar menghadap qiblat, catatan yang positif di persekitaran etc
üBerterusan mencari ilmu.. kita akan rasa ilmu kita makin cetek bila kita banyak mencari ilmu sebab ilmu Allah sangat luas..
üMembentuk rutin yang positif..
üMencari jalan untuk kembali kepada Allah swt.. sentiasa mendamba cinta Allah~

::Sesungguhnya penulisan ini peringatan khas buat diri yang masih mencari sinar yang abadi~::
 Semoga dapat kita renungkan bersama~
 Wallahu ‘alam..
 >CINTA HAKIKI hanya pada DIA yang MAHA MENGASIHANI~ ALLAHURABBI…<

Tuesday, July 3, 2012

Orang Yang Mencintai Ilahi



Orang yang mencintai Ilahi,
Dirinya tidak keluh kesah,
Apabila ditimpa ujian,
Kerna dia yakin dengan Kasih Tuhan,

Orang yang cintanya kepada Ilahi melebihi segalanya,
Tidak melatah apabila orang tersayang dirampas,
Kerna walaupun dia kehilangan
Dia masih bermodalkan  cinta Ilahi

Orang yang benar-benar menghayati cintaNYa kepada Ilahi
Sentiasa pasrah kepadaNya
Sabar menempuh ujian
Kerana dia tahu ujian itu adalah TARBIYAH dariNYA

Orang yang benar-benar mencintai Ilahi,
Juga harapkan kebahagiaan di dunia,
Tetapi jika tidak dapat dimiliki,
Dia harapkan ‘keindahan’ di sana,
Kerana dunia ini hanya pinjaman,
Dan dirinya hanya ‘barang pinjaman’
Yang dipinjam untuk sementara didunia ini..

                                (Nukilan Naurah Musyahidah)

Friday, June 29, 2012

JOM ZIKIR DAN FIKIR



ZIKIR DAN FIKIR…. FIKIR DAN ZIKIR

Bertahlil ..bertahmid.. bertasbih.. mengingati Allah yang Maha Esa…

Seringkali apabila membicarakan tentang zikir, fokusnya hanya pada beberapa kalimah yang sering didengari .. sedangkan ZIKIR itu sebenarnya lebih luas .. sesuatu yang dilakukan untuk kita sentiasa mengingati Allah.. berzikir dengan lidah, berzikir dengan aqal, berzikir dengan hati dan berzikir dengan perbuatan…

Berzikir dengan LIDAH apabila lidah kita sentiasa basah dengan kalimah-kalimah agung memuji Sang Pencipta,berzikir dengan HATI apabila dihati kita sentiasa ada DIA..membenarkan setiap sesuatu tentang Dia, berzikir dengan AQAL apabila kita sentiasa memikirkanNYA.. setiap kejadian dan penciptaanNYA.. berFIKIR menggunakan aqal akhirnya kembali kepada keagungan ciptaanNYA..dan yang terakhir..berzikir dengan PERBUATAN pula ialah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu.. atau menyampaikan ilmu-ilmu yang dapat menghadirkan kecintaan kepada Allah swt dalam diri juga hambaNYA yang lain..

Berfikir untuk mencari kebaikan..menggunakan aqal yang telah Allah berikan.. bezanya manusia dan haiwan terletak pada aqal fikiran yang telah Allah ciptakan..Cara pemikiran hambaNYa yang beriman berbeza dengan cara pemikiran hamba-hambaNYA yang belum menerima hidayahNYA.. yang beriman akan sentiasa menghubungkan tiap sesuatu dengan hikmah kebijaksanaan Allah swt sedangkan suatu pihak lagi sebaliknya.. Hamba yang beriman sentiasa optimis walau ditimpa musibah kerna yakin akan ibrah disebalik yang berlaku..

Antara musuh utama insan yang diciptakan Allah adalah syaitan iaitu musuh yang NYATA serta hawa nafsunya.. kengkadang hawa nafsu menghalang manusia daripada melihat kebenaranang diitemui oleh aqal fikiran yang terbatas,.. sebagai contoh yang dapat kita lihat ialah pengislaman seorang Professor yang telah mengkaji mayat Firaun (Ramsus ke-2 pemerintah semasa zaman Nabi Musa) .. beliau merasa hairan kerana tanpa kewujudan ilmu tentang pengawetan pada zaman tersebut tetapi mayat tersebut diawet menggunakan garam.. lalu beliau merujuk para ulama’ dan akhirnya menemui kebenaran yang terdapat di dalam AlQuran iaitu kisah Firaun yang ditenggelamkan oleh Allah swt di lautan.. hebatnya Allah.. Hanya DIA yang memegang hati-hati hambaNYA..

Dalam menghadapi liku kehidupan kini, kita seharusnya membentengi diri daripada sifat mazmumah yang boleh menyebabkan manusia berfikir tidak rasional..menjejaskan aqal yang waras… kita dapat lihat contoh daripada kes pembuangan bayi yang seringkali berlaku kini.. ibu yang melahirkan, membuang bayi yang baru dilahirkan di masjid-masjid.. di dalam tong sampah dan lebih menyedihkan, ada yang membuang darah dagingnya sendiri didalam mangkuk tandas.. Apakah dosa bayi tersebut?? semuanya kerana nafsu yang menutupi kewarasan aqal manusia..

Aqal kita terbatas.. aqal dapat berfikir sesuatu yang dapat dilihat.. oleh kerana itu terdapat dalil-dalil dari AlQuran dan Hadis untuk membuktikan perkara-perkara yang tidak dapt dilihat oleh manusia .. sesuatu yang ghaib.. hanya dengan keyakinan kepada Allah dan para utusanNYa.. membawa manusia kejalan yang diredhaiNYA.. membawa ke jalan KEBENARAN.. 


..Berzikir dan berfikir atau berfikir dan berzikir??..

Kedua-duanya dapat membawa kita mengenali Allah swt..
Bermula dengan zikir, dapat membawa kita berfikir tentang keesaanNYA,
Menjinakkan diri dengan berzikir, kita akan mudah mengenali diri.. berfikir dari awal kejadian seorang insan dari setitis mani yang bercampur (surah Al-Insan:2)
Bermula dengan berfikir, dapt membawa kita berzikir mengingatiNYa..
Melihat setiap ciptaanNYA, terasa kagum.. lalu memujinya dengan kalimah-kalimah thoyyibah..

Petikan dari buku “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” karangan Ustaz Fathi Yakan :
                Saya mestilah sentiasa mengingati Allah dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah. Saya diam tidak bertutur mestilah kerana berfikir dan saya bertutur mestilah kerana saya berzikir, kerana berzikir mengingati Allah itu merupakan ubat yang paling mujarab untuk jiwa saya.Zikir juga merupakan satu senjata yang paling tajam dalam menghadapi serangan-serangan zaman, pancaroba hidup dan liku-likunya. Inilah yang paling diperlukan oleh manusia masakini. Dalam hubungan ini Allah berfirman didalam surah Ar-Ra’d:28..mafhumnya;
“orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram”

Afdhalul amal bermula dengan niat yang IKHLAS kerana Allah swt..
Zikir yang terbaik adalah yang jelas sanadnya iaitu daripada AlQuran sebagai contoh rangkuman doa Rasulullah (Al-Ma’thurat- Imam Hassan AlBanna) , Doa Nabi Musa,.. tasbihat, tahmidat dan berhauqalah (memohon petunjuk dari Allah untuk yang terbaik) ..

Allahu`alam..
Segalanya dari Allah.. 
Berzikir dan Berfikirlah..

~Khazinatul Mujahidah~

Monday, October 10, 2011

Renungan bersama..

Sabda Rasulullah saw ;
"mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang
dibencinya"
(riwayat muslim)


DARIPADA IMAM GHAZALI ;

5 Perkara mendorong seseorang bercerita perihal orang lain..

1-suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang
2-mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah
3-disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang yang lebih beruntung dan berjaya
4-bergurau dan suka berlawak untuk mencela serta mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang
5-suka mencela disebabkan bongkak kerana memandang rendah orang lain


Tuesday, July 12, 2011

Dengar Dengan Hati

ASSALAMUALAIKUM... buat sahabat2 yang dirahmati Ilahi..

Hari nie seronok rasenyer nak share cerita hasil daripada pembacaan dari majalah ilmiah beberapa hari lepas...

Ceritanye berbunyi gini.. ;

Seorang guru bertanya kepada pelajarnya yang berusia tujuh tahun : “Kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu lagi biji epal dan satu lagi epal, berapa biji yang kamu dapat?”

Sepantas kilat pelajar itu menjawab dengan yakin : “Empat”.

Guru itu kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana mengharapkan jawapan yang diberikan ialah tiga. “Mungkin dia tidak mendengar dengan baik ,” bisik guru itu.

Guru tersebut mengulangi soalan yang sama sambil meminta muridnya itu mendengar dengan teliti..

Murid tersebut yang dapat membaca kekecewaan pada wajah gurunya itu, mula mengira dengan jari. Kali ini dihitung lama-lama dengan harapan agar jawapan yang diberikan dapat membuatkan gurunya gembira, bukan bertujuan mencari jawapan yang tepat. Tanpa ragu-ragu, diulang jawapan yang sama, “empat ,cikgu!”

Gurunya masih kecewa dengan jawapan kedua yang masih lagi salah. Kemudian dia teringat bahawa muridnya itu amat menggemari strawberi, maka diubahnya soalan itu… “kalau cikgu berikan kamu sebiji strawberi, sebiji strawberi dan sebiji lagi strawberi, berapakah jumlah yang strawberi yang kamu miliki?”

Murid tersebut mengira lagi dengan jarinya. “Tiga,cikgu!”

Kali ini jawapannya tepat. Wajah guru tersebut berseri-seri. “Bagus. Tepat sekali jawapan kamu itu”.

“Sekarang, kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji lagi epal dan satu lagi epal,berapa biji yang kamu dapat?”

Soalan awal diulangi lagi buat kali ketiga, namun jawapan yang diberikan tetap empat.

Kali ini guru tersebut sudah hilang sabar. Disoalnya murid itu dengan marah : “macam mana kamu dapat jawapan empat pula ni?”

Dengan suara perlahan dan teragak-agak, murid itu menjawab: “Sebab saya dah ada sebiji epal di dalam beg saya,cikgu”.

....Hmmmm apa pendapat sahabat2 ttg cerita nie???... mula2 bace mcm2 persepsi yang keluar.. ad yang fikir "budak nie kecik2 lagi dah pandai permainkan cikgu die" ad plak fikir "budak ni kecik lagi, memang gini.." dan mungkin yang lain plak rase "bijak betul pelajar ni".. inilah hakikat kehidupan...Allah kurniakan akal kepada tiap hambaNya dan ad pemikiran yang berbeza2..

Subhanallah.. Hebatnya Allah swt yang menciptakan tiap makhluk di alam ini...

Perbezaan pemikiran ini kadang2 yang menyebabkan perpecahan dan sangka buruk antara kite sebagai manusia yang x lari daripada melakukan kesilapan.. Jadi, DENGARLAH DENGAN MATA HATI.. bila kite berbeza pendapat, tidak bermakna satu pihak betul dan satu pihak lagi salah..boleh jadi, kedua2 pihak salah @kedua betul.. Betul x?

jadi..buat diri dan sahabat2..sama2lah kite muhasabah diri kite..elakkan diri daripada berprasangka buruk dan penyakit hati..Hati ni Raja ..semuanya bermula dari hati ..

Firman Allah ;

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

(Surah Al-Hujurat : Ayat 12)

sama2lah kite renung2kan dan SELAMAT BERAMAL!!!!


Friday, July 8, 2011

Cinta Rabiah Al-adawiy

Cinta Allah..
Tiada penghujungnya,
Cinta yang membawa ke syurga..
Indahnya..
Andai perasaan cinta yang tulus kepada-Nya..
Terpahat dijiwa kita yang bergelar hamba...
Rindu mengejar cinta-Nya,
Rindu untuk bersua di syurga..
Mendamba cinta seikhlas Rabiah Al-Adawiy..
Mohon petunjuk-Mu Ya Allah..

Thursday, July 7, 2011

Rindu Pada-MU

Aku Rindu..
Rindu pada gurauan-Mu,
Rindu pada titian tarbiyah dari-Mu
Rindu pada Bingkisan cinta dari-Mu..

Tapi...
Langkahku makin jauh..
Jauh meninggalkan diri-Mu..
Jauh dibawa arus yang semakin menderu..

Mungkin silapku,
Khayal dengan cinta yang mempesona,
Leka dengan dunia yang sementara..
Diulit mimpi yang hanya seketika...

Aku rindu..
Rindu pada belaian-Mu,
Belaian kasih sayang melalui hidayah dan rahmat-Mu..
Pautkanlah hatiku kembali pada cinta-Mu..
Janganlah Kau biarkan daku terus lesu dan membisu,
Kutahu ini jua jalan ceritaku..
Jalan yang menguji diriku agar sentiasa Merindui-Mu

Tuesday, July 5, 2011

JOM KENALI TOKOH ISLAM

Nama lengkapnya, Abdul Malik bin Marwan bin al Hakam bin Abdul Ash bin Umayyah bin Abdul Syam bin Abdul Manaf. Dia lahir dari seorang ibu bernama Aisyah binti Muawiyah bin al Mugirah bin Abdul Ash.


Ibunya, Aisyah terkenal sebagai seorang wanita yang taat beragama dan berakhlak terpuji. Khalifah Abdul Malik dibesarkan dan dididik oleh ibunya sendiri. Di bawah asuhan dan didikan ibunya, Khalifah Abdul Malik tumbuh menjadi pribadi yang cerdas, baik hati, dan bijaksana.


Khalifah Abdul Malik bin Marwan lahir pada masa Khalifah Usman bin Affan. Sejak kecil, Khalifah Abdul Malik bin Marwan gemar belajar ilmu. Pada masa kecil Khalifah Abdul Malik bin Marwan belajar menghafal Alquran. Setelah itu, Khalifah Abdul Malik bin Marwan mempelajari ilmu hadis, fikih, tafsir, dan lainnya.
Untuk mempelajari ilmu-ilmu itu, Khalifah Abdul Malik bin Marwan belajar langsung dari para guru dan ulama yang masyhur pada zamannya. Pada masa itu, para guru dan ulama yang masyhur kebanyakan tinggal di kota Madinah. Khalifah Abdul Malik bin Marwan belajar menghafal Alquran dari Khalifah Usman. Belajar hadis dari Abu Hurairah, Abu Sa’id al Khudry, Jabir bin Abdullah, dan dari sahabat Rasulullah saw. lainnya.
Oleh karena bakat dan kecerdasan serta kecintaannya kepada ilmu, nama Khalifah Abdul Malik bin Marwan pun mampu menyamai para ulama. Khalifah Abdul Malik bin Marwan dikenal memiliki pengetahuan fikih yang luas hingga namanya disejajarkan dengan Said bin Musayyab dan Urwah bin Zubair. Keduanya adalah ulama fikih terkenal di kota Madinah.
Selain mencintai ilmu agama, Khalifah Abdul Malik bin Marwan juga mencintai ilmu-ilmu umum seperti sastra. Khalifah Abdul Malik bin Marwan dikenal sebagai seorang kritikus sastra terkenal. Khalifah Abdul Malik bin Marwan juga mendirikan sebuah klub kajian sastra. Khalifah Abdul Malik bin Marwan senang sekali terlibat diskusi sastra, di antaranya membahas kitab al Kamil, karya sastra yang ditulis oleh al Mubarrad.
Oleh karena keluasan ilmu pengetahuannya itu, Khalifah Abdul Malik bin Marwan dikenal sebagai teman dan lawan diskusi yang baik. Seorang bernama al Syaibi mengomentari Khalifah Abdul Malik bin Marwan sebagai teman yang pandai dan pintar. Menurutnya, setiap kali terlibat pembicaraan dengan Khalifah Abdul Malik bin Marwan selalu bertambah ilmu pengetahuan baru.
Kecintaannya kepada sastra membuat bahasa Khalifah Abdul Malik bin Marwan berbobot, lugas, dan fasih. Sebagai seorang khalifah, Abdul Malik bin Marwan diakui memiliki banyak kelebihan dibandingkan yang lainnya. Sehingga ketika dirinya diangkat menjadi khalifah kelima menggantikan Khalifah Marwan bin Hakam, tidak banyak tokoh yang menentang.
Di bawah kepemimpinannya, Dinasti Bani Umayyah kembali mengalami perkembangan seperti yang dirintis pendahulunya, Muawiyah bin Abu Sufyan.


Mencari RedhaMu Ya Allah..


PERINGATAN BUAT DIRI YANG DHAIF DAN SAHABAT2 YANG DISAYANGI..

“La tahzan Ya ukhti..

Ujian ini tanda kasih sayangNya pada ukhti..

Tarbiyah diri sebelum bertemu Sang Pencipta diri..

Tanda kita redha dengan takdir Ilahi

Bersabarlah..”


Seringkali kite mendengar ungkapan sebegini tatkala dihimpit kesulitan duniawi..

Kite juga sering berpesan pada sahabat untuk menerima dengan redha tiap perkara yang mendatang..tapi.. taukah kite ape itu redha dan sedalam manakah kite memahami nya? Sedarkah kite tentang apa yang kite perkatakan itu dirasakan mudah tapi bagaimana praktikalnya ia untuk kite implement dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini..?

Firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

(As-Saff 61:2)

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

(As-Saff 61:3)

Hmm..beginilah kehidupan dunia..Terkadang kita terlupa apa yang pernah kite perkatakan dek terlalu tertekan dengan masalah yang dihadapi..tapi inilah manifestasi daripada kekuatan hubungan kite dengan Maha Pencipta.. Peringatan buat diri yang hina disisiNya ini.. Sesungguhnya Allah telah berfirman :

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, " (Ash-Syar-h 94:5)

"(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Ash-Syar-h 94:6)

Tertarik rasanya dengan persoalan dari sebuah blog seorang sahabat ...

“Bagaimana mendapat rahmat dan redha Allah? Adakah cukup sekadar kita mengaku dengan Qalbi (hati/jiwa) lalu kita benarkan pengakuan itu dengan Qauli (sebutan) dan akhirnya kita zahirkan dengan Fe’li (perbuatan)?

.. mari sama2 kita hayati sebuah perjalanan sahabat yang REDHA dengan ketentuan Allah.. moga menjadi iktibar buat kite..

Dari Abdul Malik Bin Marwan (salah seorang khalifah)

“Barangsiapa ingin melihat seseorang dari ahli Surga, hendaklah ia melihat ‘Urwah bin az-Zubair”


Kisah seorang sahabat Rasulullah 'urwah Ibnu zubair Al Awwam, iaitu anak kepada dua orang sahabat Rasulullah.. Zubair AlAwwam dan Asma' Abu Bakar. Ujian yang dikurniakan Allah kepada 'urwah dan anaknya dalam perjalanan ke Damascus untuk berjumpa khalifah walid Ibnu Abdul Malik, dia ditimpa penyakit pada kakinya. Kemudian apabila berjumpa dengan doktor, 'urwah dinasihatkan supaya dipotong kaki itu dengan segera kerna tidak ada ubat yang dapat menyembuhkannya.. tanpa sedikit pun rasa sedih, dia merelakan keputusan itu.. bayangkan sahabat, apabila doktor menawarkan untuk membius kakinya, 'urwah menolak. katanya;

"Jangan, aku yakin tiada seorang yang beriman kepada Allah mahu meminum sesuatu yang dapat menghilangkan akalnya, kerana jika hilang akal, ia akan lupa kepada Allah. Jika kamu harus memotong kakiku, maka laksanakanlah tugas itu di saat aku sedang solat supaya aku tidak merasa sakit"

Subhanallah..hebatnya ikatan hati `Urwah dengan Yang Maha Esa…


Tidak terhenti setakat itu, maha suci Allah sekali lagi menguji 'urwah dengan pemergian anaknya pada malam tersebut, kerna disepak kuda... Dengan tenang, 'urwah menuturkan bait indah ini..


" Ya Allah, segala puji bagiMu, aku mempunyai empat kaki dan tangan, kemudian Engkau ambil satu. Kini hanya tinggal tiga. Dan aku mempunyai tujuh anak, kemudian Engkau ambil satu, kini mereka tinggal enam orang. Jika Engkau tiba-tiba memberi penyakit setelah memberi kesihatan, dan jika Engkau mengambil apa yang telah Engkau berikan, maka segala puji hanya bagiMu, Ya Allah

Subhanallah..

Insan hebat. yang redha pada setiap ujian dariNya. hati dan fikirannya hanya berpusat pada Allah. tidak mengeluh, apatah lagi menyalahkan takdir..

Ayuh bersama kite koreksi diri.. kembali mempertautkan lagi ikatan hati dengan Ilahi. Sama-sama kite renungkan nilai taqwa yang masih bersisa dalam diri.. Ayuh sama2 kita bajai benih2 taqwa yang masih mampu tumbuh mekar didalam hati ini..InsyaAllah.. Akhir kalam, CINTAILAH ILAHI kerana itu adalah CINTA HAKIKI..



Thursday, February 10, 2011

BUATMU WANITA

Buat insan bergelar wanita,
Dirimu dibekalkan kesabaran,
Dibajai dengan sifat kelembutan,
Permata yang menyinar pabila dihiasi cahaya ketaqwaan dan keimanan,

Sedarilah duhai bunga pujaan,
Dikaulah penyeri dialam fana,
Menjadi perhiasan didunia sementara,
Terkadang tersasar membawa bencana,..
Oleh itu wanita,
berpeganglah pada prinsip dirimu yang akan membawa ke syurga yang hakiki dan abadi..

ayuh kita renungi bait2 dari lagu diciptakan buatmu wanita...
Lagu : Wanita
Artis: Dehearty

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Monday, November 15, 2010

CINTAMU yang ABADI



Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah, Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku (yakni dalam tidurku )kemudian berfirman kepadaku, “Wahai Muhammad, katakanlah : “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai siapa saja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang mengantarkan aku untuk mencintai-Mu.”Dalam amal ubudiyah, cinta (mahbbah) menempati darajat yang paling tinggi. Mencintai Allah dan rasul-Nya berarti melaksanakan seluruh amanat dan ajaran Al-Qur’an dan Sunnah Rasul, disertai luapan kalbu yang dipenuhi rasa cinta.

Dalam buku “Mahabbatullah” (mencintai Allah), Imum Ibnu Qayyim menuturkan tahap-tahap menuju cinta Allah. Bahawasanya cinta senantiasa berkaitan dcngan amal. Dan amal sangat tergantung pada keikhlasan hati, disanalah cinta Allah berlabuh. Itu karena Cinta Allah merupakan refleksi dari disiplin keimanan dan kecintaan yang terpuji, bukan kecintaan yang tercela yang menjerumuskan kepada cinta selain Allah.

Tahap-tahap menuju cinta kepada Allah adalah seperti berikut:

1. Membaca al-Quran dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar.

2. Taqarub kepada Allah swt, melalui ibadah-ibadah sunnah setalah melakukan ibadah-ibadah fardlu

3.Sentiasa berzikir memuji Allah dalam setiap perbuatan

4. Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri.

5. Mengenal Allah dengan menghayati asma Allah

6. Menghayati kebaikan, kebesaran dan nikmat Allah lahir dan batin akan mengantarkan kepada cinta hakiki kepadaNya.

7. Khusyuk dalam solat

8. melakukan solat sunat di sepertiga malam untuk mendekatkan diri kepadaNya.

9. Bergaul dengan orang-orang yang mencintai Allah

10. Menjauhi perkara-perkara yang menghalangi komunikasi kalbu dan Al-Khaliq.

Tuesday, November 9, 2010

AKU INSAN YANG LEMAH...

EPILOG SILAM

Dalam mengenang kisah hidup silaM..
Kusedar dari kesilapan lalu,
Tuhan beratnya dosa-dosaku,
Masihkah ada ampunan buatku..

Tuhan,
Dalam menempuh hidup ini,
Banyaknya dugaan datang menguji,
Tuhan,
Ada yang dapat ku gagahi,
Dan ada yang gagal kuhindari..

Tuhan,
Dosaku menggunung tinggi,
tapi taubatku tak kutepati...

Tuhan,
RahmatMu melangit Luas..
Terlalu sedikit ku bersyukur..

Kini kukembali padaMu,
Mengharap maghfirah dari Mu..
Mogakan terampunlah dosa-dosaku,

Biarpun ujian melanda,
Kutetap berkasih padaMu,
Kernaku yakin kasihMu,
Kekal tiada sudahnya...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Begitu indah kasih sayang Allah..
Mentarbiyah hati-hati manusia dengan ujian-ujian yang berbagai rentaknya..
Sayangnya Allah pada hambaNYA.
Mengingatkan hambaNya dengan detikan dihati..
Menimbulkan keinsafan dalam diri

Pengasihnya Allah pada hambaNYA..
Tiada ujian yang diberi,
melainkan yang berupaya dilalui..
Alhamdulillah
YA Allah..ku bersyukur dengan hidayah yang Engkau berikan buatku..
Masih memberikan daku peluang untuk mengenaliMU dan agamaMu dengan mendalam biarpun epilog silam ku yang bergelumang dengan dosa akibat cinta dunia yang sementara..
Aku Mohon padaMu YA ALLAH..
agar kisah silamku tidak berulang kembali..
sesungguhnya aku insan yang lemah dan tidak sempurna..
Hanya Engkau Tuhan yang memiliki segala Kesempurnaan..
didik dan bimbinglah daku menuju redha Mu..
Bawalah daku melayari bahtera cintaMU
kerana
AKU INGIN MENCINTAIMU SEPENUH JIWAKU...



Wednesday, October 27, 2010

PERMATA

PERMATA,

Bukanlah kuharapkan,

Dikau seumpama Hawa,

Bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah,

Yang menanti kekasihnya di pintu Syurga,

Duhai PERMATA,

Akuilah hakikat yang tersurat,

Bahawa dikau bukanlah Rabiatul Adawiyyah,

Aisyah mahupun Fatimah,

Kerana,

Aku tidak layak memiliki sedemikian rupa,

YA ALLAH yg menciptakan PERMATA,

Jika aku jatuh cinta,

Biarlah cinta itu jatuh kepadaMU dahulu,

Ya ALLAH,

Kerana dikaulah PENCIPTA kecintaan itu…..

ABDULLAH ”