AL-QURAN

Friday, April 23, 2010

Sahabatku sayang..

Sahabat,
Insan istimewa,
Penghibur di kala duka,
Pendengar yang setia,
Penenang tatkala derita meruntun jiwa..

Ku rindukan dirimu sahabat,
Dengan kerinduan yang nyata,
Biarpun perpisahan yang seketika,
Kerana dirimu yang istimewa,
Mengajarku erti persahabatan didalam redhaNya

Sahabat,
Tiap detik yang kita lalui,
Bersama kepahitan dan kemanisan yang dikecapi,
Akan ku ukirkan di hati,
Agar ukhuwwah yang terbina akan sentiasa terpateri,
Sebagai wasilah menuju redha Ilahi..

Dengarilah sahabat,
Bisikan hati ini..

1 comment:

  1. subhanallah..
    Indahnya persahabatan ini..
    Terima kasih Yaallah kerana pertemukan
    kami dalam ketidak sedaran ini..
    Jgn engkau gusar wahai sahabat kerana
    aku senantiasa setia mendengar bisikan
    hatimu..kerna engkau buah hatiku..
    salam sayang..

    ReplyDelete