ZIKIR DAN FIKIR….
FIKIR DAN ZIKIR
Bertahlil
..bertahmid.. bertasbih.. mengingati Allah yang Maha Esa…
Seringkali apabila
membicarakan tentang zikir, fokusnya hanya pada beberapa kalimah yang sering
didengari .. sedangkan ZIKIR itu sebenarnya lebih luas .. sesuatu yang
dilakukan untuk kita sentiasa mengingati Allah.. berzikir dengan lidah,
berzikir dengan aqal, berzikir dengan hati dan berzikir dengan perbuatan…
Berzikir dengan LIDAH
apabila lidah kita sentiasa basah dengan kalimah-kalimah agung memuji Sang
Pencipta,berzikir dengan HATI apabila dihati kita sentiasa ada DIA..membenarkan
setiap sesuatu tentang Dia, berzikir dengan AQAL apabila kita sentiasa
memikirkanNYA.. setiap kejadian dan penciptaanNYA.. berFIKIR menggunakan aqal
akhirnya kembali kepada keagungan ciptaanNYA..dan yang terakhir..berzikir
dengan PERBUATAN pula ialah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu.. atau
menyampaikan ilmu-ilmu yang dapat menghadirkan kecintaan kepada Allah swt dalam
diri juga hambaNYA yang lain..
Berfikir untuk mencari
kebaikan..menggunakan aqal yang telah Allah berikan.. bezanya manusia dan
haiwan terletak pada aqal fikiran yang telah Allah ciptakan..Cara pemikiran
hambaNYa yang beriman berbeza dengan cara pemikiran hamba-hambaNYA yang belum
menerima hidayahNYA.. yang beriman akan sentiasa menghubungkan tiap sesuatu
dengan hikmah kebijaksanaan Allah swt sedangkan suatu pihak lagi sebaliknya..
Hamba yang beriman sentiasa optimis walau ditimpa musibah kerna yakin akan
ibrah disebalik yang berlaku..
Antara musuh utama insan
yang diciptakan Allah adalah syaitan iaitu musuh yang NYATA serta hawa
nafsunya.. kengkadang hawa nafsu menghalang manusia daripada melihat kebenaranang
diitemui oleh aqal fikiran yang terbatas,.. sebagai contoh yang dapat kita
lihat ialah pengislaman seorang Professor yang telah mengkaji mayat Firaun
(Ramsus ke-2 pemerintah semasa zaman Nabi Musa) .. beliau merasa hairan kerana
tanpa kewujudan ilmu tentang pengawetan pada zaman tersebut tetapi mayat
tersebut diawet menggunakan garam.. lalu beliau merujuk para ulama’ dan
akhirnya menemui kebenaran yang terdapat di dalam AlQuran iaitu kisah Firaun
yang ditenggelamkan oleh Allah swt di lautan.. hebatnya Allah.. Hanya DIA yang memegang hati-hati hambaNYA..
Dalam menghadapi liku
kehidupan kini, kita seharusnya membentengi diri daripada sifat mazmumah yang
boleh menyebabkan manusia berfikir tidak rasional..menjejaskan aqal yang waras…
kita dapat lihat contoh daripada kes pembuangan bayi yang seringkali berlaku
kini.. ibu yang melahirkan, membuang bayi yang baru dilahirkan di masjid-masjid.. di dalam tong sampah dan lebih menyedihkan, ada yang membuang darah dagingnya sendiri didalam mangkuk tandas.. Apakah dosa bayi tersebut?? semuanya kerana nafsu yang menutupi kewarasan aqal manusia..
Aqal kita terbatas.. aqal dapat berfikir sesuatu yang dapat
dilihat.. oleh kerana itu terdapat dalil-dalil dari AlQuran dan Hadis untuk
membuktikan perkara-perkara yang tidak dapt dilihat oleh manusia .. sesuatu
yang ghaib.. hanya dengan keyakinan kepada Allah dan para utusanNYa.. membawa
manusia kejalan yang diredhaiNYA.. membawa ke jalan KEBENARAN..
..Berzikir dan
berfikir atau berfikir dan berzikir??..
Kedua-duanya dapat membawa kita mengenali Allah swt..
Bermula dengan zikir, dapat membawa kita berfikir tentang
keesaanNYA,
Menjinakkan diri dengan berzikir, kita akan mudah mengenali diri..
berfikir dari awal kejadian seorang insan dari setitis mani yang bercampur
(surah Al-Insan:2)
Bermula dengan berfikir, dapt membawa kita berzikir mengingatiNYa..
Melihat setiap ciptaanNYA, terasa kagum.. lalu memujinya dengan
kalimah-kalimah thoyyibah..
Petikan dari buku “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” karangan Ustaz
Fathi Yakan :
Saya mestilah
sentiasa mengingati Allah dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah. Saya diam tidak bertutur mestilah
kerana berfikir dan saya bertutur mestilah kerana saya berzikir, kerana
berzikir mengingati Allah itu merupakan ubat yang paling mujarab untuk jiwa
saya.Zikir juga merupakan satu senjata yang paling tajam dalam
menghadapi serangan-serangan zaman, pancaroba hidup dan liku-likunya. Inilah
yang paling diperlukan oleh manusia masakini. Dalam hubungan ini Allah
berfirman didalam surah Ar-Ra’d:28..mafhumnya;
“orang-orang yang beriman dan hati
mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah, hanya dengan
mengingati Allah hati akan menjadi tenteram”
Afdhalul amal bermula dengan niat yang IKHLAS kerana Allah swt..
Zikir yang terbaik adalah yang jelas sanadnya iaitu daripada
AlQuran sebagai contoh rangkuman doa Rasulullah (Al-Ma’thurat- Imam Hassan
AlBanna) , Doa Nabi Musa,.. tasbihat, tahmidat dan berhauqalah (memohon
petunjuk dari Allah untuk yang terbaik) ..
Allahu`alam..
Segalanya dari Allah..
Berzikir dan Berfikirlah..
~Khazinatul Mujahidah~