AL-QURAN

Monday, November 15, 2010

CINTAMU yang ABADI



Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah, Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku (yakni dalam tidurku )kemudian berfirman kepadaku, “Wahai Muhammad, katakanlah : “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai siapa saja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang mengantarkan aku untuk mencintai-Mu.”Dalam amal ubudiyah, cinta (mahbbah) menempati darajat yang paling tinggi. Mencintai Allah dan rasul-Nya berarti melaksanakan seluruh amanat dan ajaran Al-Qur’an dan Sunnah Rasul, disertai luapan kalbu yang dipenuhi rasa cinta.

Dalam buku “Mahabbatullah” (mencintai Allah), Imum Ibnu Qayyim menuturkan tahap-tahap menuju cinta Allah. Bahawasanya cinta senantiasa berkaitan dcngan amal. Dan amal sangat tergantung pada keikhlasan hati, disanalah cinta Allah berlabuh. Itu karena Cinta Allah merupakan refleksi dari disiplin keimanan dan kecintaan yang terpuji, bukan kecintaan yang tercela yang menjerumuskan kepada cinta selain Allah.

Tahap-tahap menuju cinta kepada Allah adalah seperti berikut:

1. Membaca al-Quran dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar.

2. Taqarub kepada Allah swt, melalui ibadah-ibadah sunnah setalah melakukan ibadah-ibadah fardlu

3.Sentiasa berzikir memuji Allah dalam setiap perbuatan

4. Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri.

5. Mengenal Allah dengan menghayati asma Allah

6. Menghayati kebaikan, kebesaran dan nikmat Allah lahir dan batin akan mengantarkan kepada cinta hakiki kepadaNya.

7. Khusyuk dalam solat

8. melakukan solat sunat di sepertiga malam untuk mendekatkan diri kepadaNya.

9. Bergaul dengan orang-orang yang mencintai Allah

10. Menjauhi perkara-perkara yang menghalangi komunikasi kalbu dan Al-Khaliq.

Tuesday, November 9, 2010

AKU INSAN YANG LEMAH...

EPILOG SILAM

Dalam mengenang kisah hidup silaM..
Kusedar dari kesilapan lalu,
Tuhan beratnya dosa-dosaku,
Masihkah ada ampunan buatku..

Tuhan,
Dalam menempuh hidup ini,
Banyaknya dugaan datang menguji,
Tuhan,
Ada yang dapat ku gagahi,
Dan ada yang gagal kuhindari..

Tuhan,
Dosaku menggunung tinggi,
tapi taubatku tak kutepati...

Tuhan,
RahmatMu melangit Luas..
Terlalu sedikit ku bersyukur..

Kini kukembali padaMu,
Mengharap maghfirah dari Mu..
Mogakan terampunlah dosa-dosaku,

Biarpun ujian melanda,
Kutetap berkasih padaMu,
Kernaku yakin kasihMu,
Kekal tiada sudahnya...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Begitu indah kasih sayang Allah..
Mentarbiyah hati-hati manusia dengan ujian-ujian yang berbagai rentaknya..
Sayangnya Allah pada hambaNYA.
Mengingatkan hambaNya dengan detikan dihati..
Menimbulkan keinsafan dalam diri

Pengasihnya Allah pada hambaNYA..
Tiada ujian yang diberi,
melainkan yang berupaya dilalui..
Alhamdulillah
YA Allah..ku bersyukur dengan hidayah yang Engkau berikan buatku..
Masih memberikan daku peluang untuk mengenaliMU dan agamaMu dengan mendalam biarpun epilog silam ku yang bergelumang dengan dosa akibat cinta dunia yang sementara..
Aku Mohon padaMu YA ALLAH..
agar kisah silamku tidak berulang kembali..
sesungguhnya aku insan yang lemah dan tidak sempurna..
Hanya Engkau Tuhan yang memiliki segala Kesempurnaan..
didik dan bimbinglah daku menuju redha Mu..
Bawalah daku melayari bahtera cintaMU
kerana
AKU INGIN MENCINTAIMU SEPENUH JIWAKU...



Wednesday, October 27, 2010

PERMATA

PERMATA,

Bukanlah kuharapkan,

Dikau seumpama Hawa,

Bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah,

Yang menanti kekasihnya di pintu Syurga,

Duhai PERMATA,

Akuilah hakikat yang tersurat,

Bahawa dikau bukanlah Rabiatul Adawiyyah,

Aisyah mahupun Fatimah,

Kerana,

Aku tidak layak memiliki sedemikian rupa,

YA ALLAH yg menciptakan PERMATA,

Jika aku jatuh cinta,

Biarlah cinta itu jatuh kepadaMU dahulu,

Ya ALLAH,

Kerana dikaulah PENCIPTA kecintaan itu…..

ABDULLAH ”

Tuesday, October 26, 2010

Ahlan Bina_Far-East

Ahlan Bina

Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Ahlan Bina bitatil biladil wa marhaban
Jadad tumul ah dal ladzi kod akhlaqo
La tai asu an tastarid du majdakum
Fala rubba maghlubin hawa sum martaqo

Madad lahul ammal lu fi af lakiha
Khaiturraja ilal u lafa ta sallaqo
Fatajassamu lil majdikul li azimattin
Inni ra aitul majdu so'bal murtaqo

Ahlan Bina bitatil biladil wa marhaban
Jadad tumul ah dal ladzi kod akhlaqo
La tai asu an tastarid du majdakum
Fala rubba maghlubin hawa sum martaqo

Ya Rasullallah Ya Habiballah x4

Shama iluhu maan nasimissiba
Bialthofimin ha wa zahri riba

kasahul maha mida mundus siba
Wa a' rohu min a'ri kulli mazam

Ya Rasullallah Ya Habiballah x4

Tuesday, August 31, 2010

PERMATA BERHARGA....

Duhai wanita,
Dirimu ibarat permata,
Jaga dan gilaplah ia,
Kerana dikau permata,
Yang mampu menggegarkan dunia,
Jangan dibiarkan kilauannya yang mempesona,
Menimbulkan fitnah pada yang melihatnya,
Alangkah ruginya,
Jika permata hanya membutakan mata,
Menyemai mazmumah dalam kilauan cahaya,
Menjadi punca pada kehancuran dunia..

Duhai wanita,
Ketahuilah dirimu permata barharga....

Sekadar Perkongsian buat yang sudi membaca...


Rasulullah bersabda ;
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"
(Riwayat Muslim)

Kita seringkali mendengar gelaran wanita solehah, Muslimat Solehah dan yang sama waktu dengannya.... Wanita-wanita solehah ini bakal menerima habuan syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. . Betapa sayangnya Allah terhadap wanita dengan meletakkan hanya 2 syarat untuk bergelar wanita yang solehah iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga


2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

Secara teorinya kita melihat ianya mudah..tp bagaimana praktikalnya??
usah gusar wahai wanita..
jangan mudah mengalah untuk menggapai mardhatillah...
mohonlah kekuatan dari Allah..
Ayuh sama-sama menggunakan peluang yang Allah berikan untuk menuju syurga yang abadi ..insyaAllah..

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kareem..Kembali lagi...

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Sunday, July 25, 2010

Warkah buat Palestin

JANGAN MENANGIS ANAKKU...

Jangan menangis anakku,
Hari ini kita tidak akan berlari lagi,
Biarlah roket itu menghancurkan segala impianmu,
Peluru tajam itu meragut nyawa ibu dan ayahmu,
Hanya ini satu-satunya bumi untuk engkau dan aku..

Jangan menangis anakku,
Hari ini kita tidak akan berlari lagi,
Biarlah suara kegirangan saudara-saudaramu,
Yang selalu ceria menuju destinasi ilmuan,
Dirampas dek dentuman bom,
Insan tak berperikemanusiaan..

Jangan menangis anakku,
Hari ini kita tidak akan berlari lagi,
Biarlah seluruh dunia diam dan hanya memberi kritikan,
Bak suara merdu yang menghiasi taman,
Kepada si durjana ibarat binatang…

Jangan menangis anakku,
Hari ini kita tidak akan berlari lagi,
Jangan kita harap apa-apa dari saudara yang tidak dapat bersama,
Mempertahankan tanah air tercinta,
Serta Al-Aqsa maruah agama..

Jangan menangis anakku,
Hari ini kita tidak akan berlari lagi,
Jangan kita minta apa-apa dari sesiapa sahaja,
Kerana mereka tidak akan memberikan kita senjata,
Sebaliknya sekeping roti,
Pengalas tatkala kelaparan melanda..

Jangan menangis anakku,
Hari ini kita tidak akan berlari lagi,
Kata mereka palestin hanya isu zarah,
Kerana,
Krisis kewangan,harga barang,kekeringan petrol,
Menjadi isu yang lebih memudaratkan,
Bahkan,
Mereka lebih bimbangkan,
Penguin dan beruang kutub yang mati kepanasan…

Jangan menangis anakku,
Hari ini kita tidak akan berlari lagi,
Kita akan terus berdiri disini,
Mempertahankan tanah air ini,
Demi agama demi Tuhan,
Biarpun dengan hanya seketul batu,
Kerana,
Kemenangan pasti kita temui,
Biarpun bukan pada saat ini..

Jangan menangis anakku,
Hari ini kita tidak akan berlari lagi,
Biarlah kematian demi kematian,
Menemui para mujahid disini,
Kerana,
Kehidupan yang abadi,
Di syurga menanti..

Jangan menangis anakku,
Airmata tidak dapat mengubah apa-apa,
Yakinlah,
Peluru yang dimuntahkan dari senapang kezaliman itu,
Bom yang ditujukan kepada saudaramu,
Akan mengenakan si durjana itu,
Yakinlah,
Yang Kuasa sentiasa bersama pejuang agama,

Jangan menangis anakku…

Friday, July 23, 2010

Syabab Harapan

Pemuda itu,
Pemuda harapan agama,
Belajar mematangkan diri,
Biarpun tak sejajar dengan usia ,
Mencari titik permulaan,
Dalam mancari redha Tuhan...

Tatkala remaja seusia lalai dengan syurga dunia,
Berhempas pulas si pemuda,
Merangkak dalam zulumat,
Terkapai-kapai,
Mencari Nur dari Tuhan,
Dari zaman kejahilan,
Menuju sinar ketaqwaan...

Hebatnya pemuda itu,
Mengoreksi diri demi meneguhkan iman,
Mendambakan kasih dan cinta dari Tuhan,
Menyerah jiwa dan raga ke jalan kebenaran...

Muslimin yang penuh kehebatan,
Punyai sebuah agenda kehidupan,
Melahirkan generasi Al-Quran,
Pewaris dakwah Rasul junjungan,
Demi pembentukan Islam yang gemilang..

Teruskan langkahmu,
Wahai pemuda harapan,
Usah melatah tatkala dijengah ujian,
Jangan gentar dihujani cabaran,
Sesungguhnya,
Itulah tanda KASIH SAYANG TUHAN...

Cinta Fitrah insani

Apa khabar adik?

Ini pesan pada adik adikku yang lahir dalam keluarga dakwah.
Bahawa setelah semua itu …
Di bahu kalian terletaknya hak hak dakwah.

Hak dakwahmu …
Hak dakwah orang tua mu …
Hak dakwah dakwahmu …

Semoga Allah memudahkan kalian ...
... ketika cinta itu benar benar datang.
Semoga kalian tidak menjadi fitnah untuk dakwah itu sendiri.

Ingin aku berpesan kepadamu sebagaimana pesan Nabi Musa pada kaumnya.
"Berkata Musa: “Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, hendaklah kamu bertawakkal kepadaNya, jika aku orang Islam (patuh).” Sahut mereka: “Kami telah bertawakkal kepada Allah, Ya Tuhan kami, janganlah engkau jadikan kami fitnah bagi kaum yang zalim. Dan lepaskanlah kami dengan rahmatmu dari kaum yang kafir.”
(Yunus (10) : 84-86)

=================================================

Senyum
Senyum
Senyum

Assalamualaikum

Adik,
Hahahahahaha …
Aku lupa adik aku kini sudah semakin dewasa.
Tak aku sangka secepat itu ...
... Allah mencampakkan rasa cinta di hati adik.
Maafkan aku … selama ini, lupa bertanya tentang itu.

Adik,
Bertenanglah … jangan menggelabah …
tonjolkan ketenangan dan ke”gentleman”an adik.
(kalau perempuan ape ek ?)

Adik,
Sejak Allah mencampakkan rasa cinta itu di hati adik.
… dan …
sejak adik sedar kehadiran cinta itu di hati adik.

Pertamanya … ucapkanlah Alhamdulillah.
Itulah fitrah yang suci yang benar ...
... yang Allah berikan pada setiap manusia.
Sekarang adik sudah merasakannya.

Wal’iyazubillah … kalau cinta itu tidak suci ...
... apatah lagi tidak benar.
Na’uzubillahi min zalik.

Adik,
Nah sekarang …. Cabaran utamanya ...
bukan bagaimana hendak menyatakan ...
... rasa cinta itu pada cinta adik.
(Kacang je tu …budak tadika pon boleh buat)

Adik,
Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Allah itu tidak akan pernah menzalimi hamba-hambaNya.
Ketika Allah meletakkan rasa cinta itu di hati adik.
Pada masa yang sama …
Allah tidakkan akan meletakkan ...
... cinta yang sama pada yang bukan berhak.

Adik,
Cabaran utamanya sekarang adalah …
bagaimana adik meletakkan cinta itu ...
... setelah Cinta Allah dan Rasul.
Bagaimana adik mendahulukan ...
... Cinta Allah dan Rasul setelah cinta itu.

Adik,
Aku ingatkan …
keinginanmu,
melihat …
bercakap …
bukanlah suatu yang halal kecuali ...
... setelah terjalin ikatan yang sah antara kalian.

Adik,
Ingatlah semua itu adalah larangan Allah.
Cubalah jauhi semuanya.
Waspadalah pada kecemburuan Allah dan Rasul.
Renungi kembali rindu Allah dan Rasul.

Adik,
Bertaqwalah kepada Allah yang meletakkan cinta itu di hati adik,
Allah yang meletakkan cinta itu di hati adik.
Allah juga berkuasa menarik kembali cinta itu.
Dan Allah juga berkuasa mengubah cinta itu menjadi benci.

Adik,
Ketika adik tahu cinta itu dari Allah.
Ketika adik yakin cinta itu dari Allah.
Kembalikan ia kembali kepada Allah.
Biarlah Allah yang menjaga cinta itu.
Biarlah Allah yang meletakkan cinta itu pada yang berhak.

Adik,
Sirami cinta itu dengan zikir.
Bajai cinta itu dengan Quran.
Bentengi cinta itu dengan istighfar.
Semoga tumbuh pohon sakinah.
Semoga lahir buah mawaddah untuk adik dan juga cinta adik.
Semoga lahir zuriat qurrata a’yun.

Adik,
Aku ceritakan kisah cinta wanita pujaan sekalian lelaki.
Aku ceritakan kisah cinta lelaki pujaan sekalian wanita.

Ketika di madinah …
Fatimah berkata kepada Ali,
“Dulu di mekah ada seorang lelaki yang aku sangat cinta padanya.”
Ali berkata kepada Fatimah,
“Lalu, apakah kau menyesal berkahwin dengan aku?”
Fatimah menjawab,
“Tidak, kerana lelaki itu adalah engkau.”

Adik,
Aku ajarkan satu doa.

ALLAHUMMA INNA NAS_ALUKA HUBBAKA
WA HUBBA MAY_YUHIBBUKA
WA HUBBA AMALIN YAQORRIBUNA ILA HUBBIKA.

Ya allah aku mohon cintaMu,
Dan cinta orang orang yang menyintaiMu,
Dan cintakan amalan yang mendekatkan aku kepada cintaMu.

Allahumma innaka ta’lam tsummallahumma_ghfirr.
Wassalamualaikum warohamtullahi wabarakatuhu.

Cintaku padamu setelah cintaku pada Allah dan Rasul,
Abang

Monday, May 17, 2010

Buatmu Adikku

adikku,
pertama kali melihatmu,
terdetik di hati ini,
bhw engkaulah bakal pnyambung perjuangan kami.

adikku,
Allah temukan kita dlm keadaan y tdk kita sedar,
plbgai mslh dikongsi bersama,
tidak prcaya rsanya diri ini,
sehingga engkau bersamaku dlm perjuangan ini.

Adikku,
teruskan melangkah dalam perjuangan ini,
jgn sesekali mnyerah kalah,
jgn sesekali ragu2,
jgn sesekali putus asa,
kerana setiap ap y berlaku adalah tarbiyah dari Allah.

Adikku
engkaulah mata pnymbung rantai perjuangan kmi,
engkaulah permata kami,
engkaulah serinkandi y dicari2 selama ini.

Friday, April 23, 2010

Sahabatku sayang..

Sahabat,
Insan istimewa,
Penghibur di kala duka,
Pendengar yang setia,
Penenang tatkala derita meruntun jiwa..

Ku rindukan dirimu sahabat,
Dengan kerinduan yang nyata,
Biarpun perpisahan yang seketika,
Kerana dirimu yang istimewa,
Mengajarku erti persahabatan didalam redhaNya

Sahabat,
Tiap detik yang kita lalui,
Bersama kepahitan dan kemanisan yang dikecapi,
Akan ku ukirkan di hati,
Agar ukhuwwah yang terbina akan sentiasa terpateri,
Sebagai wasilah menuju redha Ilahi..

Dengarilah sahabat,
Bisikan hati ini..

Thursday, April 22, 2010

Alangkah Indahnya...

Ya Allah,
Alangkah indahnya hidup ini,
Alangkah bahagianya jiwa ini,
Alangkah tenangnya hati ini,
Andai dapat ku miliki cintaMu yang hakiki dan abadi..

Ya RabbulJalil,
Kasih sayang yang Kau hamparkan,
Beserta nikmat yang Kau limpahkan,
Tidak dapat ku hitunginya Ya Allah,
Tidak dapat ku balasinya Ya Rahman,
Aku terlalu kerdil,
Terlalu hina disisiMu Ya Allah..

Ya Affuww, Ya Ghaffar,
Ku mohon maghfirahMu,
Ku mohon PetunjukMu,
Agar aku bisa berada dilandasan yang diredhaiMu..

Ya Rahim,
Kau alirkanlah kalimah agungMu,
Dalam setiap aliran darahku,
Di setiap pelosok tubuhku,
Ku ingin merasai cinta dan kasih sayangMu..

Wednesday, April 21, 2010

BUATMU IBU

Tika ini,
Ku lewati tiap jerih dan perit,
Insan bergelar Ibu,
Yang tidak pernah jemu,
Mengasuh, mendidik dan mengajarku,
Erti kehidupan dan kedewasaan ini...

Ibu,
Insan mulia,
Yang melahirkan diriku ke alam bercahaya,
Dari alam kegelapan yang menyesakkan,
Dia jualah yang membawaku mencari sinar kehidupan,
Menjauhi lorong-lorong hitam yang penuh dengan kemaksiatan...

Tabahnya hatimu ibu,
Biarpun nyawamu menjadi taruhan,
Kau tetap tegar melahirkan seorang insan,
Tiada keluhan dan ungkitan yang kau luahkan,
Hanya senyuman yang kau ukirkan...

Aku sayangkan dirimu ibu,
Tiada apa yang dapat menggantikan kasih sayang mu,
Biarpun selautan permata,
Segunung cinta insan biasa,
Ku doakan untukmu ibu,
Sejahtera selamanya,
Di dalam redha dan rahmat Yang Maha Esa....

Monday, April 19, 2010

Ya Rasulullah..

Kekasihku Ya Rasulullah,
Tatkala ku singkap tirai kasihmu,
Yang terikat kemas dalam simpulan rindu,
Terlihat daku,
Sorotan cahaya yang menerangi Mekah,
Nur barakah dari kelahiran putera Abdullah,
Bak tempias hujan yang menerangi ummah,
Dengan rahmat dari Allah...

Ya Saiyidul Ummah,
Lakaran deritamu ku potret indah,
Bersama derita kau terus berdakwah,
Engkaulah daie yang agung,
Kau bangunkan yang lena,
Kau sedarkan yang lalai,
Kau sirnakan yang zulumat,
Kau kemudi yang tersesat,
Agar terungkai kejahilan yang tersimpul erat...

Ya Habiballah,
Tiap bicara dan tingkahmu menajadi sunnah,
Sunnah yang bisa menjadi ikutan ummah,
Membangkitkan Iman dan Tauhid yang gundah..

Ya Muhammad Rasulullah,
Terpalit lesu di wajah khalifah,
Meruntun pilu sekalian ummah,
Terungkap cinta di bibirmu,Ya Rasulullah,
tatkala ajal datang menerjah...

Pemurahnya dirimu Ya Rasulullah,
Kau sediakann syafaat sebagai hadiah,
Kau tinggalkan warisan yang tak akan musnah,
Warisan yang bakal menggemilangkan ummah...



Friday, March 26, 2010

Thursday, March 25, 2010

Manusia Yang Dikasihi Dan Dibenci Oleh Nabi Saw


Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya." Para sahabat bertanya lagi, "wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah "ialah orang yang takbur."
Riwayat at-Tarmizi

Huraian
1. Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti.

2. Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak.

3. Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan orang lain.

Bicara Hati Sang Pendosa


Tatkala hati tercalit karat mazmumah,
Ketenangan acap kali menghilang,
Apabila senang Tuhan dilupakan,
Mengingat Yang Esa tatkala kegelisahan bertandang...

Ya Rabbi,
Betapa lemahnya hambamu ini,
Menagih cinta insani sedangkan cintaMu dilupai,
Mencari harta duniawi tanpa menyemai kenikmatan ukhrawi,
Aku leka Ya Allah,
Aku lalai...
Hakikatnya tak ku sedari,
kelekaan meragut kebahagiaan,
kelalaian memusnahkan pengharapan,..

Ya Rabbul I'zzati,
Ku mohon maghfirah dariMu,
Tuntunilah daku menggapai redhaMu,
Aku tersasar Ya Ghafur,
Aku tersesat dari jalanMu,
Menyimpang jauh dari rahmatMu,
Ampunilah daku Ya Affuw,
Terimalah taubatku...