AL-QURAN

Sunday, July 25, 2010

Warkah buat Palestin

JANGAN MENANGIS ANAKKU...

Jangan menangis anakku,
Hari ini kita tidak akan berlari lagi,
Biarlah roket itu menghancurkan segala impianmu,
Peluru tajam itu meragut nyawa ibu dan ayahmu,
Hanya ini satu-satunya bumi untuk engkau dan aku..

Jangan menangis anakku,
Hari ini kita tidak akan berlari lagi,
Biarlah suara kegirangan saudara-saudaramu,
Yang selalu ceria menuju destinasi ilmuan,
Dirampas dek dentuman bom,
Insan tak berperikemanusiaan..

Jangan menangis anakku,
Hari ini kita tidak akan berlari lagi,
Biarlah seluruh dunia diam dan hanya memberi kritikan,
Bak suara merdu yang menghiasi taman,
Kepada si durjana ibarat binatang…

Jangan menangis anakku,
Hari ini kita tidak akan berlari lagi,
Jangan kita harap apa-apa dari saudara yang tidak dapat bersama,
Mempertahankan tanah air tercinta,
Serta Al-Aqsa maruah agama..

Jangan menangis anakku,
Hari ini kita tidak akan berlari lagi,
Jangan kita minta apa-apa dari sesiapa sahaja,
Kerana mereka tidak akan memberikan kita senjata,
Sebaliknya sekeping roti,
Pengalas tatkala kelaparan melanda..

Jangan menangis anakku,
Hari ini kita tidak akan berlari lagi,
Kata mereka palestin hanya isu zarah,
Kerana,
Krisis kewangan,harga barang,kekeringan petrol,
Menjadi isu yang lebih memudaratkan,
Bahkan,
Mereka lebih bimbangkan,
Penguin dan beruang kutub yang mati kepanasan…

Jangan menangis anakku,
Hari ini kita tidak akan berlari lagi,
Kita akan terus berdiri disini,
Mempertahankan tanah air ini,
Demi agama demi Tuhan,
Biarpun dengan hanya seketul batu,
Kerana,
Kemenangan pasti kita temui,
Biarpun bukan pada saat ini..

Jangan menangis anakku,
Hari ini kita tidak akan berlari lagi,
Biarlah kematian demi kematian,
Menemui para mujahid disini,
Kerana,
Kehidupan yang abadi,
Di syurga menanti..

Jangan menangis anakku,
Airmata tidak dapat mengubah apa-apa,
Yakinlah,
Peluru yang dimuntahkan dari senapang kezaliman itu,
Bom yang ditujukan kepada saudaramu,
Akan mengenakan si durjana itu,
Yakinlah,
Yang Kuasa sentiasa bersama pejuang agama,

Jangan menangis anakku…

No comments:

Post a Comment