AL-QURAN

Friday, June 29, 2012

JOM ZIKIR DAN FIKIR



ZIKIR DAN FIKIR…. FIKIR DAN ZIKIR

Bertahlil ..bertahmid.. bertasbih.. mengingati Allah yang Maha Esa…

Seringkali apabila membicarakan tentang zikir, fokusnya hanya pada beberapa kalimah yang sering didengari .. sedangkan ZIKIR itu sebenarnya lebih luas .. sesuatu yang dilakukan untuk kita sentiasa mengingati Allah.. berzikir dengan lidah, berzikir dengan aqal, berzikir dengan hati dan berzikir dengan perbuatan…

Berzikir dengan LIDAH apabila lidah kita sentiasa basah dengan kalimah-kalimah agung memuji Sang Pencipta,berzikir dengan HATI apabila dihati kita sentiasa ada DIA..membenarkan setiap sesuatu tentang Dia, berzikir dengan AQAL apabila kita sentiasa memikirkanNYA.. setiap kejadian dan penciptaanNYA.. berFIKIR menggunakan aqal akhirnya kembali kepada keagungan ciptaanNYA..dan yang terakhir..berzikir dengan PERBUATAN pula ialah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu.. atau menyampaikan ilmu-ilmu yang dapat menghadirkan kecintaan kepada Allah swt dalam diri juga hambaNYA yang lain..

Berfikir untuk mencari kebaikan..menggunakan aqal yang telah Allah berikan.. bezanya manusia dan haiwan terletak pada aqal fikiran yang telah Allah ciptakan..Cara pemikiran hambaNYa yang beriman berbeza dengan cara pemikiran hamba-hambaNYA yang belum menerima hidayahNYA.. yang beriman akan sentiasa menghubungkan tiap sesuatu dengan hikmah kebijaksanaan Allah swt sedangkan suatu pihak lagi sebaliknya.. Hamba yang beriman sentiasa optimis walau ditimpa musibah kerna yakin akan ibrah disebalik yang berlaku..

Antara musuh utama insan yang diciptakan Allah adalah syaitan iaitu musuh yang NYATA serta hawa nafsunya.. kengkadang hawa nafsu menghalang manusia daripada melihat kebenaranang diitemui oleh aqal fikiran yang terbatas,.. sebagai contoh yang dapat kita lihat ialah pengislaman seorang Professor yang telah mengkaji mayat Firaun (Ramsus ke-2 pemerintah semasa zaman Nabi Musa) .. beliau merasa hairan kerana tanpa kewujudan ilmu tentang pengawetan pada zaman tersebut tetapi mayat tersebut diawet menggunakan garam.. lalu beliau merujuk para ulama’ dan akhirnya menemui kebenaran yang terdapat di dalam AlQuran iaitu kisah Firaun yang ditenggelamkan oleh Allah swt di lautan.. hebatnya Allah.. Hanya DIA yang memegang hati-hati hambaNYA..

Dalam menghadapi liku kehidupan kini, kita seharusnya membentengi diri daripada sifat mazmumah yang boleh menyebabkan manusia berfikir tidak rasional..menjejaskan aqal yang waras… kita dapat lihat contoh daripada kes pembuangan bayi yang seringkali berlaku kini.. ibu yang melahirkan, membuang bayi yang baru dilahirkan di masjid-masjid.. di dalam tong sampah dan lebih menyedihkan, ada yang membuang darah dagingnya sendiri didalam mangkuk tandas.. Apakah dosa bayi tersebut?? semuanya kerana nafsu yang menutupi kewarasan aqal manusia..

Aqal kita terbatas.. aqal dapat berfikir sesuatu yang dapat dilihat.. oleh kerana itu terdapat dalil-dalil dari AlQuran dan Hadis untuk membuktikan perkara-perkara yang tidak dapt dilihat oleh manusia .. sesuatu yang ghaib.. hanya dengan keyakinan kepada Allah dan para utusanNYa.. membawa manusia kejalan yang diredhaiNYA.. membawa ke jalan KEBENARAN.. 


..Berzikir dan berfikir atau berfikir dan berzikir??..

Kedua-duanya dapat membawa kita mengenali Allah swt..
Bermula dengan zikir, dapat membawa kita berfikir tentang keesaanNYA,
Menjinakkan diri dengan berzikir, kita akan mudah mengenali diri.. berfikir dari awal kejadian seorang insan dari setitis mani yang bercampur (surah Al-Insan:2)
Bermula dengan berfikir, dapt membawa kita berzikir mengingatiNYa..
Melihat setiap ciptaanNYA, terasa kagum.. lalu memujinya dengan kalimah-kalimah thoyyibah..

Petikan dari buku “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” karangan Ustaz Fathi Yakan :
                Saya mestilah sentiasa mengingati Allah dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah. Saya diam tidak bertutur mestilah kerana berfikir dan saya bertutur mestilah kerana saya berzikir, kerana berzikir mengingati Allah itu merupakan ubat yang paling mujarab untuk jiwa saya.Zikir juga merupakan satu senjata yang paling tajam dalam menghadapi serangan-serangan zaman, pancaroba hidup dan liku-likunya. Inilah yang paling diperlukan oleh manusia masakini. Dalam hubungan ini Allah berfirman didalam surah Ar-Ra’d:28..mafhumnya;
“orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram”

Afdhalul amal bermula dengan niat yang IKHLAS kerana Allah swt..
Zikir yang terbaik adalah yang jelas sanadnya iaitu daripada AlQuran sebagai contoh rangkuman doa Rasulullah (Al-Ma’thurat- Imam Hassan AlBanna) , Doa Nabi Musa,.. tasbihat, tahmidat dan berhauqalah (memohon petunjuk dari Allah untuk yang terbaik) ..

Allahu`alam..
Segalanya dari Allah.. 
Berzikir dan Berfikirlah..

~Khazinatul Mujahidah~

No comments:

Post a Comment