AL-QURAN

Thursday, July 5, 2012

MOH LE MUHASABAH DIRI DENGAN TEMAN~


Berubah?? Mampukah Aku?..
ADAKAH menjadi satu Keperluan DIRI untuk melakukan ANJAKAN PARADIGMA? Atau yang terbaik adalah berada di takuk lama?..  Ada diantara kita memilih untuk sentiasa di dalam ‘comfort zone’ tanpa meningkatkan KUALITI hidup yang mempunyai KEISTIMEWAAN dan POTENSI yang telah dikurniakan oleh Allah swt.. Adakah ini dikatakan  tidak bersyukur dengan NIKMAT KASIH SAYANGNYA atau belum mengenali diri? ~ memendamkan POTENSI DIRI yang akhirnya terkubur.. membiarkan pisau yang tajam terus diselubungi karat tanpa digunakan dan akhirnya tidak dapat digunakan lagi..  Allahurabbi~ moga mendapat kekuatan dariMU Ya Allah..

Firman Allah swt mafhumnya;
“Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu  menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tiada pelindung bagi mereka selain Dia”                        (Surah Ar-Ra’du: Ayat 11)

Firman Allah diatas jelas menunjukkan bahawa setiap insan yang mempunyai akal yang waras seharusnya bermuhasabah dan melakukan perubahan demi perubahan untuk mencapai kecemerlangan dan kegemilangan bukan sahaja didunia malah diakhirat kelak~ Tiada yang dapat membantu diri kita, melainkan diri kita sendiri dengan izin Allah swt..~
“KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIR”
Seringkali kita mendengar lagu yang membangkitkan semangat agar dapt memotivasikan diri kita… sebagai contoh :
Jika kau FIKIRKAN kau BOLEH
Kau PASTI BOLEH melakukan
Jika kau FIKIRKAN kemenangan
Kau PASTI hampiri kejayaan…
Pernah tak kita terfikir, kenapa adanya lagu yang liriknya sebegini? .. sebab ianya adalah suatu realiti dalam kehidupan ini..jika kita fikir bahawa kita ini bukan seorang yang hebat, sudah pasti kita tidak wujud dialam ini.. kita MAMPU.. kita seorang insan yang HEBAT dan KUAT~ oleh kerana itu kita mampu disenyawakan dan telah melalui proses penciptaan seorang manusia.. dan akhirnya KITA masih kekal dialam ini sebelum datangnya panggilan dari Allah swt…

Berubah @ tidak berubah??.. Jawapannya terletak atas diri kita.. ingin menjadi seorang yang jauh lebih hebat mahupun berada diatas zon yang selesa.. menjadi insan yang biasa-biasa atau insan yang luar biasa.. semuanya terletak pada diri kita..tepuk dada tanya iman..

Pernah tak kita dengar disekeliling kite @ diri kita sendiri cakap..
 “ sejuk mata memandang tengok si fulan.. bertudung labuh, baik pulak tu.. bile la aku dapat jadi macam die..” yang lain pulak menjawab.. “nak buat cane, hidayah tak sampai lagi.. tunggu jela.. lagipun ayah die imam besar masjid kat sini.. mestilah anak pun macam ayahnye~”
Selain tu..
“ hebatnya die, dapat pointer 3.77… alim pulak tu..kan best jadi macam die…”.. nak buat cane, mak die cikgu, ayah pulak engineer.. anak die mestila hebat..”
Allahurabbi…~

Hidayah itu milik Allah.. ia tidak datang bergolek..kita sebagai hambaNYa yang seharusnya sentiasa berdoa untuk mendapatkannya.. menguatkan diri untuk melakukan perubahan..mendamba cinta dariNYA.. bak kata kumpulan Raihan dalam lirik lagunya “iman tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa”.. oleh kerana iman itu tidak dapat diwarisi, Nabi NUH tidak dapat menyelamatkan anaknya yang ingkar perintah ALLAH walaupun telah berkali-kali diseru untuk beriman kepada Allah~

Firman Allah swt mafhumnya:
“Nabi Musa menjawab: ‘Tuhan kami adalah yang telah memberikan kepada tiap-tiap  sesuatu, kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian ia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya’”                                    
                                       (Surah Taha: Ayat 50)

Kecerdikan dan kebijaksanaan juga daripadaNYA.. berusaha,berdoa, bertawakkal kepada Allah insyaAllah.. akan tercapai apa yang diinginkan..itu jalan yang Allah berikan..tapi, andai hajat tidak kesampaian, mungkin ada yang jauh lebih baik yang Allah telah aturkan atau ada sesuatu belum selesai kita usahakan..~ “kita merancang.. Allah juga merancang.. sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah swt” (surah al-Imran:ayat 54) ..terimalah dengan hati yang redha dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut..

Firman Allah swt mafhumnya ;
“Diwajibkan atas kamu berperang padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..”                                                                                        
                                 (Surah Al-Baqarah: ayat 216)

Kengkadang kita hanya memperkatakan tentang hamba Allah yang lain dan mencipta alasan atas tiap kelebihan serta kehebatannya.. tidak pula kita  menjadikannya satu motivasi untuk menuju kejayaan bukan sahaja didunia malah di akhirat kelak …ianya suatu yang amat merugikan diri sendiri.. Allah membuka minda kita dengan akal fikiran kurniaanNya agar kita dapat menjadikan diri kita orang yang dapat berfikir dan memuhasabah diri agar bergerak selangkah demi selangkah kehadapan untuk mencapai redhaNYa disamping kejayaan dunia dan akhirat kelak..~

BAGAIMANA MAHU BERUBAH??

Untuk berubah, kita perlu menerima hakikat bahawa diri kita mempunyai masalah.. oleh itu kita perlu memuhasabah diri untuk mencari dimana masalah kita dan bagaimana untuk keluar daripada masalah tersebut… kita sering merasakan diri kita tidak hebat sebab kita tak ada matlamat tak ada tujuan sedangkan dalam penciptaan diri kita oleh Allah telah dinyatakan tujuannya..

Firman Allah swt mafhumnya:
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku”
                                                                                                        (Surah Al-Zariyat:ayat 56)

.. oleh sebab itu MATLAMAT HIDUP sangat penting.. ia adalah DESTINASI yang perlu kita sampai padanya.. samaada menjadi seorang jutawan yang berjaya.. mempunyai sebuah hotel yang berprinsipkan islam.. dan sebagainya.. matlamat itulah yang akan memandu kita untuk mendekatinya dengan perancangan yang tersusun rapi.. MATLAMAT UTAMA setiap insan yang bergelar muslim ialah untuk mencapai redhaNYA.. mencapai CINTA Allah.. seperti Rabiatul Addawiyah yang hanya mendamba cinta Allah bukan syurga apatah lagi kesenangan kehidupan duniawi~

Kadang-kadang, kita rase berkobar-kobar untuk melakukan perubahan.. tapi hari demi hari semangat makin hilang.. dan akhirnya lenyap begitu sahaja.. tiada perubahan diakhirnya.. inilah yang dikaitkan dengan pepatah melayu ‘HANGAT-HANGAT TAHI AYAM’..

Sedikit perkongsian daripada Dato’ Fadzilah Kamsah dalam program motivasi beliau ‘ANJAKAN PARADIGMA’ ;
Tips untuk kita mematahkan sikap ‘HANGAT-HANGAT TAHI AYAM’ setelah mempunyai matlamat..
üJaga ibadah..banyakkan berdoa
üIklankan matlamat (tampal di dinding-dinding yang menjadi tumpuan seperti meja belajar, skrin laptop dll).. bila kita tak nampak, kita jadi lupa.. jadi, kita perlu lihat matlamat kita supaya kita dapat ingat apa yang kita mahukan
üBerkongsi dengan orang-orang tersayang apa matlamat kita.. insyaAllah mereka akan doakan kita.. kita akan ada semangat untuk capai matlamat sebab kalau kita tak mencapai matlamat, kita akan rasa malu dengan orang-orang yang tahu tentang matlamat kita.
üMembantu orang lain untuk berjaya.. Allah pernah berfirman, jika kita membantu agama Allah, Allah akan bantu kita,..begitu juga jika kita membantu sahabat kita untuk berjaya, Allah akan membantu kita.. selagi kita mengasihi hambaNYA, Allah akan kasih pada kita insyaAllah..
üBerkawan rapat dengan orang sepatutnya.. orang yang jelas matlamatnya.. tidak takut pada kegagalan dan orang yang dapt memotivasikan diri kita.. bukan bermakna kita tidak boleh berkawan dengan orang lain.
üUbah persekitaran.. warna yang sesuai, aromaterapi, belajar menghadap qiblat, catatan yang positif di persekitaran etc
üBerterusan mencari ilmu.. kita akan rasa ilmu kita makin cetek bila kita banyak mencari ilmu sebab ilmu Allah sangat luas..
üMembentuk rutin yang positif..
üMencari jalan untuk kembali kepada Allah swt.. sentiasa mendamba cinta Allah~

::Sesungguhnya penulisan ini peringatan khas buat diri yang masih mencari sinar yang abadi~::
 Semoga dapat kita renungkan bersama~
 Wallahu ‘alam..
 >CINTA HAKIKI hanya pada DIA yang MAHA MENGASIHANI~ ALLAHURABBI…<

No comments:

Post a Comment