AL-QURAN

Tuesday, July 12, 2011

Dengar Dengan Hati

ASSALAMUALAIKUM... buat sahabat2 yang dirahmati Ilahi..

Hari nie seronok rasenyer nak share cerita hasil daripada pembacaan dari majalah ilmiah beberapa hari lepas...

Ceritanye berbunyi gini.. ;

Seorang guru bertanya kepada pelajarnya yang berusia tujuh tahun : “Kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu lagi biji epal dan satu lagi epal, berapa biji yang kamu dapat?”

Sepantas kilat pelajar itu menjawab dengan yakin : “Empat”.

Guru itu kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana mengharapkan jawapan yang diberikan ialah tiga. “Mungkin dia tidak mendengar dengan baik ,” bisik guru itu.

Guru tersebut mengulangi soalan yang sama sambil meminta muridnya itu mendengar dengan teliti..

Murid tersebut yang dapat membaca kekecewaan pada wajah gurunya itu, mula mengira dengan jari. Kali ini dihitung lama-lama dengan harapan agar jawapan yang diberikan dapat membuatkan gurunya gembira, bukan bertujuan mencari jawapan yang tepat. Tanpa ragu-ragu, diulang jawapan yang sama, “empat ,cikgu!”

Gurunya masih kecewa dengan jawapan kedua yang masih lagi salah. Kemudian dia teringat bahawa muridnya itu amat menggemari strawberi, maka diubahnya soalan itu… “kalau cikgu berikan kamu sebiji strawberi, sebiji strawberi dan sebiji lagi strawberi, berapakah jumlah yang strawberi yang kamu miliki?”

Murid tersebut mengira lagi dengan jarinya. “Tiga,cikgu!”

Kali ini jawapannya tepat. Wajah guru tersebut berseri-seri. “Bagus. Tepat sekali jawapan kamu itu”.

“Sekarang, kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji lagi epal dan satu lagi epal,berapa biji yang kamu dapat?”

Soalan awal diulangi lagi buat kali ketiga, namun jawapan yang diberikan tetap empat.

Kali ini guru tersebut sudah hilang sabar. Disoalnya murid itu dengan marah : “macam mana kamu dapat jawapan empat pula ni?”

Dengan suara perlahan dan teragak-agak, murid itu menjawab: “Sebab saya dah ada sebiji epal di dalam beg saya,cikgu”.

....Hmmmm apa pendapat sahabat2 ttg cerita nie???... mula2 bace mcm2 persepsi yang keluar.. ad yang fikir "budak nie kecik2 lagi dah pandai permainkan cikgu die" ad plak fikir "budak ni kecik lagi, memang gini.." dan mungkin yang lain plak rase "bijak betul pelajar ni".. inilah hakikat kehidupan...Allah kurniakan akal kepada tiap hambaNya dan ad pemikiran yang berbeza2..

Subhanallah.. Hebatnya Allah swt yang menciptakan tiap makhluk di alam ini...

Perbezaan pemikiran ini kadang2 yang menyebabkan perpecahan dan sangka buruk antara kite sebagai manusia yang x lari daripada melakukan kesilapan.. Jadi, DENGARLAH DENGAN MATA HATI.. bila kite berbeza pendapat, tidak bermakna satu pihak betul dan satu pihak lagi salah..boleh jadi, kedua2 pihak salah @kedua betul.. Betul x?

jadi..buat diri dan sahabat2..sama2lah kite muhasabah diri kite..elakkan diri daripada berprasangka buruk dan penyakit hati..Hati ni Raja ..semuanya bermula dari hati ..

Firman Allah ;

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

(Surah Al-Hujurat : Ayat 12)

sama2lah kite renung2kan dan SELAMAT BERAMAL!!!!


1 comment: